Saturday, February 12, 2011

5. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga
penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik,
bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia
akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya,
meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik
kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya
dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg
menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah
berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga
penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau
sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg
masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya
anak 3?..BETUL..

6. Pandai Berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi
dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg
disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran
wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia
bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat
memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu
menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik
yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.
Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan
pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki
dgn baik dan berfikiran terbuka.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri
mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut
tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara
berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila
berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut
tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia
mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di
bandar atau di kampung.

No comments: