Renungan

... ZIKIR ...

Zikir dengan membaris bawah huruf zal, secara bahasa zal merupakan lawan kepada lupa dan lalai. " Zikir adalah menghindarkan diri dari kelalaian dan lupa kepada Allah.

Kepentingan Perbahasan Zikir.

Ketahuilah wahai para hamba yang beriman, Allah tidak mewajibkan suatu kewajipan kepada hamba-hambanya kecuali ia menjadikan batasan dan koridor yang jelas.Allah memberi keringanan pada pelbagai jenis ibadah kecuali dalam masalah zikir.Dia tidak membatasi seseorang dalam berzikir kepada-Nya, tidak ada yang meninggalkan zikir kecuali orang yang akalnya telah rosak.Zikir dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja dan bila saja sesuai tuntutan syar'i.
Imam Ibnul Qayyim r.h berkata, "Pada setiap anggota badan terdapat ibadah yang terbatas dengan waktu, sedangkan zikir merupakan ibadah hati dan lisan yang tidak dibatasi dengan waktu.Mereka para hamba diperintahkan untuk berzikir kepada Rabb-Nya pada setiap keadaan, ketika berdiri, duduk dan berbaring."Lanjutnya lagi "Dengan berzikir akan hilang ketulian pendengaran, bisunya lisan dan menyingkap kegelapan pandangan. Allah menghiasi lisan orang-orang yang berzikir sebagaimana Dia menghiasi pandangan orang yang melihat dengan cahaya.Zikir merupakan pintu Allah yang sangat agung, terbuka lebar bagi seseorang hamba selama dia tidak menutupnya dengan kelalaian.
Zikir dapat membersihkan jiwa dari kelalaian dan kealpaan, berubat dari kerasnya hati.Suatu ketika ada yang mengadu kepada Imam Hassan al-Bashri r.h., "Wahai Abu Said,hatiku keras,bagaimana ubatnya?" Beliau menjawab "Ubatilah dengan ZIKIR!".
dalam tempat yang lain Imam Hassan Al-Bashri r.h. pernah mengatakan,"Carilah kelazatan dalam tiga perkara; di dalam solat, zikir dan membaca Al-Quran. Jika tidak maka ketahuilah bahawa pintu ketaatan telah tertutup".


                                                     BANTUAN ALLAH

Kerap kali hati ini merintih lemah meminta dan mengharapkan daripada Allah swt. Sesungguhnya sangat banyak cabaran yang telah dilalui dan kadangkala ianya seperti memaksa kita untuk meninggalkan jalan ini. Nauzubillah.


Inilah fitrah kita selaku makhluk yang bernama manusia. Tidak pernah lekang dengan sifat cuai kerana kita bukanlah diciptakan sempurna. Mungkin selama ini kita terasa kuat dalam menghadapi mehnah pada jalan ini tetapi akan tiba suatu masa kita akan dikunjungi perasaan lemah dan malas yang akan menusuk hati kita secara perlahan-lahan. Ketika itu hati akan mula memberontak dan akhirnya dengan mudah syaitan laknatullah menjalankan misi mereka untuk menarik kita mengikuti jalan toghut.

Sebagai seorang pejuang dalam agama ini, kita seharusnya bergembira dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah:214)

Dalam ayat tersebut Allah menyatakan ujian yang diberikan adalah untuk menjadi bukti bahawa para pejuang kebenaran ini adalah seorang yang benar-benar beriman dan ikhlas berjuang hanya kerana ingin menggapai mardhotillah. Inilah hakikat perjuangan, tiada erti senang lenang di dalam kamus hidupnya, yang ada dalam catatan hariannya cumalah perkara yang perit dan penuh dengan pengajaran untuk dibawa sebagai bekalan menempuh hari-hari mendatang yang menjanjikan seribu kesukaran lagi.

Tetapi, walaupun begitu susah perjuangan ini, mereka tidak semudah itu untuk mengalah. Lihat sahaja kisah Bilal bin Rabah, Mus’ab bin Umair dan Khabab yang dikurniakan dengan ujian yang menggetarkan iman, tetapi kerana keimanan yang tinggi kepada Allah, maka mereka diberi keistimewaan berada disamping Allah.

Ayuh pejuang!!! Bangkitlah dari kelemahan diri ini, ingatlah bahawa ujian itu sebagai mahar yang perlu dibayar untuk mendapatkan syurga dan semoga jerih lelah kita menunaikan mahar ini akan menjadi sirna ketika berhadapan dengan Allah kelak.

Perjuangan ini penuh onak duri dan segala macam rintangan, tetapi walaupun rintangan itu setinggi langit, ingatlah bahawa Allah sentisa berada di sisi kita.

                                             RENUNGAN TENTANG KEMATIAN

20 renungan tentng kematian untuk direnungi bersama. Tazkirah kematian adalah peringatan bahawa mati itu pasti menjelma. Sama-sama kita hayati tazkirah kematian ini.

1. Kematian yg paling mulia ialah matinya para syuhada.
2. Tidak ada sesuatu yang dialami anak Adam dari apa yg diciptakan Allah lbh berat daripada kematian. Baginya kematian lbh ringan daripada apa yg akan dialaminya sesudahnya.
3. Perbanyaklah mengingat kematian. Seorang hamba yg banyak mengingat mati maka Allah akan menghidupkan hatinya dan diringankan baginya akan sakitnya kematian. {HR.
Ad-Dailami} Penjelasan: Dia mati dgn mudah dan ringan pada saat sakaratul maut.
4. Janganlah seorang mati kecuali dia dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah.
5. Janganlah ada orang yg menginginkan mati krn kesusahan yg dideritanya. Apabila harus melakukannya hendaklah dia cukup berkata Ya Allah tetap hidupkan aku selama kehidupan itu baik bagiku dan wafatkanlah aku jika kematian baik untukku. {HR. Bukhari}
6. Cukuplah maut sebagai pelajaran dan keyakinan sebagai kekayaan.
7. Mati mendadak suatu kesenangan bagi seorang mukmin dan penyesalan bagi orang durhaka. {HR. Ahmad}
Penjelasan: Artinya seorang mukmin sudah mempunyai bekal dan persiapan dalam menghadapi maut tiap saat sedangkan orang durhaka tidak.
8. Tuntunlah orang yang menjelang wafat dgn ucapan Laailaaha illallah {maksudnya agar dia mau meniru mengucapkannya}.
9. Tidak dibolehkan bagi seorang wanita yg beriman kepada Allah dan hari akhir berkabung atas suatu kematian lbh dari tiga malam kecuali terhadap kematian suaminya maka masa berkabungnya empat bulan dan sepuluh hari.
Penjelasan: Kematian ayah ibu saudara dan yg lain selain suaminya masa berkabungnya tidak boleh melebihi tiga hari.
10. Seorang sahabat bertanya Ya Rasulullah jenazah orang kafir berlalu di hadapan kami apakah kami perlu berdiri? Nabi Saw segera menjawab Ya berdirilah. Sesungguhnya kamu berdiri bukanlah utk menghormati mayitnya tetapi menghormati yg merenggut nyawa-nyawa.
11. Ada tiga perkara yang mengikuti mayit sesudah wafatnya yaitu keluarganya hartanya dan amalnya.
Yang dua kembali dan yg satu tinggal bersamanya. Yang pulang kembali adl keluarga dan hartanya sedangkan yg tinggal bersamanya adl amalnya. {HR.Bukhari dan Muslim}
12. Seorang mayit dalam kuburnya seperti orang tenggelam yg sedang minta pertolongan. Dia menanti-nanti doa ayah ibu anak dan kawan yg terpercaya. Apabila doa itu sampai kepadanya baginya lbh disukai dari dunia berikut segala isinya. Dan sesungguhnya Allah ‘Azza wajalla menyampaikan doa penghuni dunia utk ahli kubur sebesar gunung-gunung. Adapun hadiah orang-orang yg hidup kepada orang-orang mati ialah mohon istighfar kepada Allah utk mereka dan bersedekah atas nama mereka.
13. Allah mencatat ihsan atas segala sesuatu. Apabila kamu membunuh hewan maka bunuhlah dengan cara yg baik dan jika kamu menyembelihnya sembelihlah dgn baik.
Asahlah tajam pisau potong dan ringankan hewan potongnya.
14. Janganlah kamu mengagumi amal seorang sehingga kamu dapat menyaksikan hasil akhir kerjanya .
15. Apabila seorang muslim wafat dan jenazahnya dishalati oleh empat puluh orang yg tidak bersyirik kepada Allah maka Allah mengijinkan syafaat oleh mereka baginya {si mayit}.
16. Percepatlah menghantar jenazah ke kuburnya. Bila dia seorang yg shaleh maka kebaikanlah yang kamu hantarkan kepadanya dan bila kebalikannya maka sesuatu keburukan yg kamu tanggalkan dari beban lehermu.
17. Seorang mayit dapat disiksa disebabkan tangisan keluarganya.
Penjelasan: Hal tersebut terjadi bila keluarganya menangisi mayit dgn berlebih-lebihan dan berteriak-teriak.
Menangisi dgn wajar dari anggota keluarga yg ditinggalkan wafat sebenarnya dibolehkan dalam agama. Lalu kenapa si mayit yg harus menanggung akibatnya? Ini disebabkan krn sebelum wafatnya dia tidak pernah mengajarkan hal demikian.
18. Barangsiapa wafat pada hari Jum’at atau pada malam Jum’at maka dia terpelihara dari fitnah kubur.
19. Janganlah mengingat-ingat orang-orangmu yg telah wafat kecuali dgn menyebut-nyebut kebaikan mereka.
20. Seorang sahabat bertanya Ya Rasulullah pesankan sesuatu kepadaku yg akan berguna bagiku dari sisi Allah. Nabi Saw lalu bersabda: Perbanyaklah mengingat kematian maka kamu akan terhibur dari dunia dan hendaklah kamu bersyukur. Sesungguhnya bersyukur akan menambah keni’matan Allah dan perbanyaklah doa. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui kapan doamu akan terkabul.

Sumber: 1100 Hadits Terpilih – Dr. Muhammad Faiz Almath – Gema Insani Press