Tuesday, October 26, 2010

Malaysia sebuah Pusat Hub Hiburan Malam???

Hasrat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sesuatu yang mendukacitakan.

Malah satu daripada 12 projek permulaan (EPP) itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, maka makin mudah lah artis seperti Adam Lambert untuk mengadakan konsert di negara Islam ini.

Lapor Malaysiakini, lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Adakah kerajaan tidak 'aware' bahawa sangat ramai pemuda Islam dan Melayu yang mengunjungi kelab-kelab malam di kota-kota? Tidakkah mereka membaca surat khabar Harian Metro atau ambil pengajaran dari rancangan Edisi Siasat atau 999?

Masyarakat kita makin tenat dek gejala sosial yang tidak pernah berkurang dan kerajaan berhasrat untuk menyediakan lebih ruang dan peluang untuk maksiat?

Adakah berbaloi hasrat ini hanya kerana ia mampu meningkatkan pendapatan negara dan kita pula perlu membayar nilai itu dengan masyarakat yang semakin hancur kerana lorong nafsu semakin luas terbuka?

Persoalan lain adalah, tiadakah cara lain yang boleh kita usahakan untuk memantapkan lagi industri pelancongan negara?

Semoga pihak kerajaan menilai semula langkah ini kerana pastinya rakyat tidak berkenan dan kecewa dengan berita ini.

Memetik apa yang yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin,

"Lorong ke Syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Hadis riwayat Abu Daud & Ahmad, Albani : Sohih )

"Sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : dari setiap seribu orang, seramai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Hadis riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma' Az-Zawaid, no 18621)

Dari hadis di atas, jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang sahaja yang layak ke syurga. Justeru, mengapa industri nafsu ingin dijadikan sumber pendapatan?

Bukankah lebih baik jika pihak kerajaan berusaha untuk membawa kita rakyat-rakyatnya ke arah mendapatkan syurga Allah..

kiamat sudah ka..?

drpda abu huraiarah: bahawasnya nabi muhammad saw bersabda: hari kiamt tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitah
(ujian kpd keimanan) dan banyak berlakunya AlHARAJ...sahabt bertanya, hai Rasulullah, apakah alharaj itu Ya Rasulullah?
Rasulullah saw menjawab: peperangan demi peperangan demi peperangan hadis riwayat ibnu majah

penjlesan hadis;

subahanallah...maha besar Allah, benarlh seperti mana yang disebutkan oleh junjungan besar nabi mhammad saw
dalam hadisnya, kiamat tidak akn berlaku sehingga melimpah ruah harta benda...walaupun rasulullah telah lama
meninggalkan kita tetapi mesej yang disampaiknnya pada zaman baginda telah dapat dibuktikan sejelas-jelasnya pada
pada zaman kita pada hari ini.

INGATLAH sahabatku, bila Allah memberi nikmat kedunian,Allah akan menarik nikmat akhirat dan begitu juga
sebaliknya bila Allah beri nikmat akhirat Allah akn menarik nikmat dunia...kemodenan dan kesenagan yang kita miliki sekarang,
bukan salah...tapi cara kita menggunakanya jauh tersisih dari islam..ramai umat islam telah leka dalam nikmat kemodenan dan kekayaan, berapa ramai pemimpin yang dapat berjemaah dengan umatnya? keluarganya? adakah kita juga begitu? sempurna ka ibdat kita? bila ada cerita yang menarik di telivisyen kita abaikan waktu solat...paling tidak kita solat dulu tapi macam cacing kepanasan...ingatlah sahabat...solat yang sah bila adanya Toma’ninah yakni berhenti seketika didalam solat untuk mendapatkan ketenangan..
kmdahan yang Allah berikan kepada kita adalah memudahkan kita beribadat kepadanya
tapi nikmat yang Allah berikan kita abaikan untuk beribadat dan beringat kepadanya....

adakah kesenangan yang miliki sekarang menyusahkan kita untuk beribadat kpd Allah? patutnya kita harus BERAsa MALU..
jika hendak dibandingkan dengan imam syafie hanya bertemankan sebuah pelita tapi dapat menghatamkan 30 juzuk al quran dalam dua rakaat,
saidina usman bertemanakan kain bruk yang dibasahkan dgn lemak binatang dijadikn sebagai pelita tapi dapat membaca al quran sampai cerah(pagi)
rabiatul adawiyah, 300 rakaat solat tahajud..masyaAllah...adkh kita msih nak berdalih dgn mengatakan merka adlh org2
terplih oleh Allah..? ingatlh sahabatku, bila kita bantu agama Allah, Allah akn bntu kita...bila kita syang Allah
Allah syg kita...

mahu kberkataan cukup mudah...kita hanya perlu IMAN dan TAKWA...sgala apa yang kita miliki akan diberkati Allah

peperangan...adakah peperangan hanya berlaku zaman dhulu? tidak shabatku...nabi telah bersabda..peperangan akan berterusan..
lihat sahaja baru-baru ini...israel menyerang palestin...satu bkti yg jelas..

Apa mksud semua ini? kembali kepda hadis tersebut....harta benda melimpah ruah, fitnah dan peprngan terus terjadi adalah BUkti kita semakin
dekat menuju akhir zaman dan berlakunya kiamat...
bila kita mahu kembali ke jalan Allah setelah pelbagai nikmat yg Dia berikan kpda kita.. tunggu umur 40 tahun..?masih hidup kah kita shabat ku? tnggu tanda besaar kiamt berlaku? ckup ka masa yang tertinggal untuk
menghapuskan dosa-dosa kta yg terdhulu? tnggu saat matahari terbit di barat? dah terlambat kembali ke pangkuan jlan.....
tergolong ka kita org-org ahli syura @ neraka?

fikirkan sahabatku........