Friday, February 11, 2011

1. Sifat Keibuan

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap
keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih
sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa
tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan
senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu
sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan.
Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri
masing2.

2. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang
wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka
berasa terhibur dengan keletah anda tetapi tentulah
bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan
menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg
menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg
membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki.
Wanita ceria membuatkan lelaki lebih berghairah.

3. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa
dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin
dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg
tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.
Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita
yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg
kasar atau menuduh bukan?sebaliknya cuba mengerti
duduk persoalannya.

4.Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman
lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn
lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus
ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari
wanita membuat lelaki berasa bangga.

No comments: