Wednesday, November 24, 2010

MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN

1. MENYAHKAN ZAT BERBAHAYA DARI TUBUH
Menangis merupakan kaedah semula jadi untuk mengeluarkan zat-zat kimia yang berbahaya daripada tubuh manusia.Zat-zat kimia ini dihasilkan oleh tubuh ketika ketakutan.

2. MENINGKATKAN KADAR DENGUPAN JANTUNG
Menangis boleh meningkatkan kadar dengupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan,urat-urat dada dan kedua belah bahu.Selepas menangis,kadar dengupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan sangat tenang.

3. MENGHALANG PENYAKIT
Satu kajian oleh Universiti Temple,Amerika Syarikat kepada 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat.Hasil kajian mendapati jawapan yang agak mengejutkan..Hampir semua pesakit yang menghidap penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi,maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka.Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi jika dilakukan pada waktu dan untuk tujuan yang sesuai.

4. MEMBEBASKAN RACUN DALAM BADAN
Athur Frank,seorang ilmuan amerika berkata,"oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh,maka menahan air mata bererti membiarkan tumbuhnya racun secara perlahan-lahan.Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding lelaki,maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam badan melalui tangisan."
Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan melalui tangisan.Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.

5. AIR MATA MENGANDUNGI 25% PROTEIN
Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium.Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh manjadi racun kepada manusia.Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.

No comments: